Susu Ilham

Susu Ilham

Monday 9 May 2011

Proses Penyediaan Susu Ilham

Assalamualaikum.. dah lama tak update.. okey promotion sampai 10 Mei 2011ajer.. esok last day ..
Hr nie saya nak update la sikit pasal mcmana susu ini disediakan coz ada yg bertanya, 

Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan IMP adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba.  
Proses pengilangan ini bermula daripada

1. Pembinaan kilang & bahan :
Susunan dalam kilang mengikut syariat.
Tidak ada muzik
Ada Nur bacaan Al-Quran
Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
2. Pengambilan kakitangan
Beragama islam
Berpengetahuan mengenaiair mutlak dan air mustakmal
Mampu membaca Al-Quran
Mengikuti kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).
Mengikuti kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
3. Semasa proses penyediaan susu
Kakitangan sentiasa ada air wudhu.
Memulakan setiap kerja dengan Bismillah dan doa-doa khusus dan sentiasa berzikir dan selawat sehingga ke proses pembungkusan
Tidak bercampur antara kakitangan lelaki dan perempuan
Kakitangan perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.
4. Ramuan Susu Ilham
Rumusan Bayi (1-3 tahun) : Susu penuh krim, kalsium, DHA, AHA, L-Lysine, Kurma, Kismis dan Badam
4-7 tahun : Susu penuh krim, kalsium, DHA, AHA, Gingko Bibola, Maca, L-Lysine, Kurma, badam dan perisa


5. Fakta Nutrisi bagi setiap hidangan
Rumusan Bayi (1-3 tahun) 25 g : 123Kcal tenaga, 6.2 g lemak, 12.7 g karbohidrat, 4.9 g gula, 4.2 g protien
4-7 tahun (30 g) : 123Kcal tenaga, 6.6 g lemak, 5.9 g karbohidrat, 8.2 g gula, 5.3 g protien

6. Perbandingan nutrisi (4-7 tahun) dengan susu lain bagi setiap 100g

Susu Ilham
susu lain
Tenaga (Kcal)
481
446
Lemak (g)
22.1
45
Karbohidrat (g)
53.1
61
Gula (g)
27.4
Protien (g)
17.6
14.7


7. Perbezaan GMP dan IMP
Good Manufacturing Practice (GMP) adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).


Islamic Manufacturing Practice (IMP) adalah suatu piawaian yang bertaraf ’Halalan Tayyiba’, iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak mengandungi bahan-bahan haram atau kontaminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya.

Maklumat Pengilangan dan Pengedar Utama-
Dikilangkan oleh: Sidratul Enterprise, 12 Jalan Industri 1, Taman Industri IKS MIEL,33010 Kuala Kangsar Perak
Diedarkan oleh: EBUNDA Sdn. Bhd, No 21-1 Jalan Reko Central 4, Reko Central, 43000 Kajang Selangor

Diharap info ini dapat membantu puan2 mengenai proses penyediaan susu ini,..
Sebarang maklumat atau pesanan bolh hubungi - aretie (012-9368386) or email - fatiyatul@yahoo.com

No comments:

Post a Comment