Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan IMP adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba. Proses pengilangan ini bermula daripada pengambilan kakitangan beragama islam sahaja dan mereka juga perlu mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal, mempunyai kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan perlu dibaca semasa proses pengilangan, sentiasa mempunyai wudhuk dan menjaga kebersihan, memulakan dengan membaca Bismillah dan doa-doa khusus, tidak bercampur antara lelaki & perempuan dan senantiasa berada di dalam keadaan berzikir dan selawat. Proses ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir iaitu proses pembungkusan di mana sumber bagi pakej / pembungkusan juga dipastikan halal sumbernya.
Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”
Hikmah IMP
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita…..”
Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.
(info dari - www.ilham4u.com)
(info dari - www.ilham4u.com)
sms or call - aretie (012-9368386)
email - fatiyatul@yahoo.com
email - fatiyatul@yahoo.com
No comments:
Post a Comment